Sunday, November 4, 2007

Konvoi ke Kuala Lumpur

3 & 4 Nov 07, kami semua ke Kuala Lumpur & Melaka menziarahi cik yusak, cik azis, cik yak & pak Ngah. Berehat & tidur di rumah abang yid di Beranang. Berkonvoi seawal 8 pagi kami berkereta ke rumah cik yusak terlebih dahulu. Di Melaka bersama Pak Ngah. Mak Ngah menyediakan makan tengahari untuk kami semua. Gambar-gambar tak banyak dirakamkan kerana semua keletihan setelah beraya. :)
Di KL, rumah pertama kami ke Gombak. Berhari Raya di rumah Cik Yusak. Dihidangkan dengan Nasi beriani berserta kambing, Laksa Johor & Cendol benar-benar membuka selera. kesian abg man tak dapat join... anyway tahun depan ada lagi..

Seterusnya ke rumah Cik Yak. Gamat dengan keletah mak Ndak & Cik Gita yang kepoh. Sphagetti Bolognese, lemang, rendang & keropok lekor licin kami belasah.




Seterusnya kami ke Klang. Dek kerana perayaan deepavali yang hampir, jalan-jalan banyak ditutup & massive traffic membuatkan kami sesat. Qistina, Anas & iskandar ashraf dah start mengamuk kerana keletihan. Akhirnya kami sampai maghrib dirumah cik Azis & Cik Simah. Makan lagi.. :) seronok nie raya makan.


Selesai di Klang kami terus ke Beranang & melepak-lepak dirumah abg yid & tidurrrrrr... ssssss letih beb. Ayob & nazli sampai pukul 12 lebih daripada JB.. ada satu citer yang tak boleh lupa mebuatkan semua orang guling-guling pecah perut.. gara-gara abg sham yang salah mendengar arahan , licin rumah mak leha semua perabut kena buang. Macam citer Kassim baba, nasib baik ler lampu tu panas.. kalau tak lcin gak dengan ,mentol-mentol rumah mak leha. Terima Kasih untuk abang yid & Kak Azi for the foods & hospitality. Next time kami datang lagi.


Maaf atas kekurangan update kerana administrator amat-amat busy.. jumpa lagi Konvoi cuti-cuti Malaysia ke Pantai Timur.. :)








Hari Raya 2007

Hari Raya 2007 meriah lagi dengan aktiviti Konvoi & masak bersama-sama. Kenangan Hari raya dirakamkan untuk ingatan berterusan.









Ramadhan kareem

Ramadhan kali ini seperti tahun-tahun sudah. Berbuka puasa & solat berjamaah bersama-sama mengeratkan ukhuwah & silaturahim adik beradik. Moga berjumpa dipanjangkan lagi usia pada Ramdhan akan datang.